Friday, March 11, 2016

6 sigma, asas kerja seorang jurutera dan kesilapan umum semasa membuat improvement

Gua baru abes mengikuti kelas 6sigma selama 5 hari, kat kilang tempat gua keja, sekarang. Ia umpama hadiah sempena ulangtahun kedua gua kembali ke dunia semikonduktor setelah cuba lari selama beberapa tahun. Dan gua terus teringat pasal blog ni tadi, dan semangat serta falsafah blog ni diwujudkan pada gua. Tu yang harini, gua menulis post ini.

Gua malas nak tulis panjang panjang sebab gua malas, letih dan menaip menggunakan hempon. Jari gua besar dan besar kemungkinan untuk taipo. Post ini adalah unik dan sepatutnya disebarkan kepada semua jurutera, terutamanya department Proses dan Maintenance yang baru bekerja, nak interview, atau dah lama keja tapi tak tau what the heck is going on sebagai pengetahuan asas dan umum.

Sasaran adalah target yang ditentukan oleh bos atau pelanggan. Biasanya kita attack KPI, yang berkait dengan keuntungan syarikat. Paling mudah dalam bahasa kilang adalah yield.

Caranya dengan kenalpasti apa benda/proses/sistem/mekanisne yang kita ukur, kita ambik average and standard deviation or sigma dia, kenalpasti interaksi faktorfaktor kritikal yang menentukan ukuran tadi.
Macam kalau kadar intermetallic connection tu ada positive correlation dengan ultrasonik frekuensi masa bonding, belajar la behavior nya bila kita buat dalam environment shift B malam ni, contohnya. Berapa boleh naikkan sebelum wayar tu tembus bondpad, atau berapa kena kurangkan sebelum wayar tak melekat langsung, contohnya.

Nak improvekan sistem, kita kena tau kat mana sistem ni sekarang dan mana kita nak pegi. Biasanya kita akan tengok target. Kehebatan team adalah dalam ketepatan mencapai target. Dalam banyak percubaan, kita akan ada average dan standard deviation. Average adalah purata daripada minimum 30x tembakan. Ia adalah ukuran kat mana kau tembak. Standard deviation adalah saiz populasi tembakan kau tadi. Lagi besar maknanya lagi besar range ketepatan tembakan.

Jadi  strategi mudah adalah samada dengan memperbaiki average, jauhkan dia dari spec, atau mengecilkan standard deviation. Berapa tepat? 95%. Berapa kecik? 6sigma. Tu lah yang supreme. Tahap tinggi untuk manusia. Lagi tinggi, kita panggil ninja.

Simple.

Yang susahnya adalah nak maintain. SOP, FMEA, penguatkuasaan SPC, sparepart takde, dan konflik of interest. Pengurusan. Tapi takde pun satu projek dalam kilang semikon, yang fokus pada penambahbaikan proses pengurusannya. Proses knowledge retainment, misalnya. Traceability, change management, dynamic fmea, maverick lot management. Tapi tu semua lain kali...

Dan ini membawa kita ke point atau mutiara yang gua nak sampaikan.
Kesilapan biasa yang gua tengok adalah alat yang diguna untuk mengukur tak disahkan MSA nya, andaian dibuat berdasarkan taburan populasi yang terangterang tak stabil. Normal tak normal tu lain cerita dah...
MSA, stability check, normality transformations used in analyzing the summary statistics, dan terus draw conclusion dari sampel tanpa transform info back into 95% confidence interval prediction untuk population, kat mana tembakan seterusnya ni akan landing...

Aduyai. Sakit jari den. Den berenti takat ni dulu. Selamat menembak!