Monday, September 12, 2011

Semikonduktor Oh Semikonduktor



Bos Gua kat On. Tahaper benda yang dibuatnya entah

Apa itu dunia semikonduktor? Apa istimewanya dunia ini berbanding dunia kilang-kilang yang lain? Taulah admin blog ni memang kerja dalam industri ni ajer. Cuba masuk industri oil and gas contohnya, lagi mencabar, apa?

Oil and Gas, Oil and Gas punya cerita. Industri insurans, MLM, permotoran, banking, walhal pemerdagangan manusia sekalipun, itu diorang punya cerita. Ni cerita orang yang terlibat dalam dunia semikonduktor. Nak tau apa yang hebatnya orang dalam semikonduktor ni?
Nampak cam maut tapi sedang mengular sebenarnya

Semua orang tak boleh sangkal kebergantungan manusia kepada komputer. Henpon, kereta, rumah, bahkan tandas pun semua nak dilengkapi dengan sistem komputer. Budak sekolah zaman sekarang bukan gaduh pasal videoklip 3GP dalam henpon lagi, tapi dok menganjing sebab tak canggihlah kalau henpon setakat satu jer prosesornya. Dulu bebudak gatung CD kat leher, pastu henpon. Pastu DSLR. Dan nak membuat semua tu, kami di kilang semikonduktor ni bersengkang mata bergaduh-gaduh tu, nak membuatnya. Sapa ada gadjet paling latest adalah paling maju. Sapa yang tau pakai alat itu ini, ada wayar-wayar semua, nampak lebih moden dan sesuai kalau dijadikan menantu.

Tapi bila ada masalah ekonomi, apakah salah satu benda yang abang boleh hidup tanpanya? Ye. Barang-barang elektronik. Gadjet. Henpon. Bila ada masalah ekonomi dunia, orang takkan beli atau tukar-tukar henpon. Orang taknak suka-suka tukar laptop, desktop mereka. Jualan kereta, TIVI dan mesin basuh juga akan terjejas. Dan bila benda-benda ni tak terjual, maka kilang kami kena shutdown. Bila banyak shutdown, maka kilang akan buang orang. Itu memang standard dalam industri kami ni sejak tahun 1998.

Yang ni pulak tengah dengar MP3 tu...
Dunia semikonduktor telah menyaksikan beberapa kali turun naik. Bahkan hingga sekarang pun, corak keterusan hidup syarikat yang memiliki kilang pembuatan dalam semikonduktor, kalau boleh tak mahu prestasi kewangan kilang ini terletak di dalam senarai kumpulan mereka. Inilah sebabnya syarikat gergasi seperti Philips dan Motorola yang terlibat dalam persaingan product multimarket discrete, memilih untuk memisahkan entiti semikonduktor dari portfolio kewangan mereka. 

Ini baru sikit ni. Ada banyak lagi sebab kenapa aku rasa dunia semikonduktor ni gempak. Tapi, lain kalilah kita cerita. Soalnya, Adakah anda, rasa begitu? Kongsila pendapat...

No comments:

Post a Comment