Monday, September 12, 2011

Morning Meeting before the Morning Break



Aku berdiri di sudut bilik. Beberapa orang yang nampak macam ada pangkat sedang memposisikan projektor. Mereka dah buka bahagian kepala smock mereka. Aku pun berbuat perkara yang sama. Ahh. Lega rasanya. Mungkin inilah perasaan orang bertudung dengan yang tak bertudung. Dan kelegaan yang aku rasa, bermakna, aku ni stok jenis yang tak pakai tudung la kot? Huhuhuhu.

Beberapa orang lagi masuk ke dalam bilik itu sambil membincangkan sesuatu di klipboard yang dipegang oleh salah seorang dari mereka. Bilik tempat kami berkumpul ni, separuh berdinding plywood, separuh lagi sampai ke siling pula bercermin. Jadi, boleh nampak keadaan shopfloor kat luar sana. Boleh nampak akak operator dan abang technician berlari-lari berjuang memastikan production berjalan seperti biasa. Dari belah kiri aku terlihat seorang akak India berjalan dengan gaya pelakon Hidustan. Di depannya, PK Chan; pembawa berita buruk. Ye. Kami semua sedang berkumpul untuk morning meeting. Dan ye. PK Chan itu ialah dari bahagian Quality yang nak cerita apa yang dah berlaku sepanjang hujung minggu.

Lampu dipadamkan. Projektor dihidupkan. Pk Chan mencucuk pendrivenya ke dalam laptop yang tersedia. Suara-suara sumbang yang kedengaran sebelum lampu dipadamkan tadi, senyap, seolah menanti keputusan mengundi DUN tempat mereka lahir. Paparan di dinding dah kelihatan. Semua tertumpu pada dinding belah kiri bilik. Aku tak berapa nak nampak sebab mamat depan aku ni agak tinggi dan sasa susuk tubuhnya. Dari belakang aku mendengar PK Chan membentangkan prestasi kualiti shopfloor untuk sepanjang hujung minggu lalu. Cik Zul memang dah ready kat depan. Walaupun dalam gelap, Cik Zul nampak rilek. Aku tengok dia fokus pada cahaya laptop memikirkan ceritanya. Heh heh heh.


"...and that brings us to the hottest issue today, which happened THIS morning only" kata PK Chan mengalihkan tumpuan semua yang sedang berbincang pasal masalah kronik di bahagian plating tadi. Yang tau cerita, tertunduk dengan berita ini. Ada juga yang dah sembunyi-sembunyi nak keluar melarikan diri. Ada yang dah belek henpon. Ada yang senyum. Cik Zul nampak rilek.


"5 MILLION? That's 4 hours of output! How can it slip the HOURLY inspection?" tanya Cik Zul menjawab soalan dengan soalan. Semua terdiam. PK Chan mengalihkan perhatiannya kepada SY Lim, kepala production.

"They thought it was OK. Look at the bonding diagram" kata SY Lim sambil menunjukkan sekeping kertas bergambar dengan cop merah biru dan bertandatangan. Semua mengamati kertas itu.


"...operator pakai bonding diagram ini. Diorang kata ada special instruction from engineer?" Sy Lim mengalihkan perhatian kepada CY Fong, kepala New Product Introduction. Mamat tu nampak menggigil dalam ketakutan. Namun, aku terlihat cahaya ketabahan dalam matanya.


"We last use the machine at midnight. They must've forgotten to change the programming of the machine..." kata CY Fong cuba menjelaskan keadaan. By this time, Cik Zul dah berada dekat dengan aku. Dalam kegelapan bilik mesyuarat tu, dia merangkul leher ku dan mengajakku keluar untuk bersarapan.

Masuk pukul 8 pagi. Ushar email sampai 830pagi. Masuk line sampai 9pagi. Morning meeting 9pagi sampai 930 pagi.

930pagi: morning break!

Nak makan apa harini, ek?

No comments:

Post a Comment