![]() |
Pakaian Ihram pekerja Semikonduktor dalam Clean Room Environment |
Pagi isnin. Aku bangun lambat lagi. Standardlah kalau dah tido pun dekat-dekat pukul 5 pagi. Kalau harini hari Isnin biasa, takper. Hari Isnin ni, harini, lain sikit. Sebabnya, harini ialah first day aku kat tempat kerja baru. Ye. Aku baru dapat kerja. Kerja kilang jadi enjinier. Dan ye juga. Aku lambat.
"Lambat tarik ke apa?" seloroh Cik Zulkarnain, bos aku. Aku membetulkan smock yang aku pakai. Agak sukar sebenarnya dengan face mask kasar di hidung, satu badan berbungkus macam pocong, pastu nak ambik nota segala titik butir percakapan antara Cik Zul dengan macha yang dikenali sebagai technician shift A berkenaan apa silapnya mesin wirebonding ni malam tadi sampaikan 5juta unit dah tersalah bond? Yang aku paham, wayar kiri pergi kanan, wayar kana pergi kiri. Kalau dalam elektrik, kira kita dah salah pasang wayar merah dengan hitam la ni. Boleh meletup, ni. Abang Razif tersengih dengan lawak Cik Zul.
"Maklumlah, orang muderr" cover Abang Razif untukku. Abang Razif ni dikatakan otai dalam area wirebond/diebond ni. Segala misteri dan masalah yang major-major, serahkan pada Abang Razif. Sampaikan orang German yang buat mesin ni pun kengkadang refer kat Abang Razif. Tapi ni semua cerita yang aku dengar masa second interview dulu kat smoking area. Apa yang ada depan aku pada pagi ni ialah; Abang Razif orangnya genit. Bercermin mata. Senyumannya menawan. Dan kepala hotak lucah. Dia membuat gaya macam tengah main, mengejek aku.
"Bang, saya belum kahwin, lah" bunyi suaraku bergema di celah face mask. Berair rasanya di batang hidung. Aku tak pandai lagi kontrol wap air yang keluar dari napas masa bercakap pakai face mask.
salam bro..saya mmg minat bab ic fabrication ni..kalo grad diploma agak2 senang apply keja x?? ada tips x?? heheh
ReplyDeletetolong reply..urgent ni terdesak nak keja.hahaha
ReplyDelete